"aku tak dak harta, tak dak nama..pangkat pun tak dak..hangpa..kalau nak msuk universiti blajaq la baek2..dengan keputusan hangpa tu ja mmpu layakkan hangpa..nak harap aku pi trun naek jumpa org besaq sana..org besaq sini..mmg tak dak..bukan sesapa pun aku ni..kalau hangpa rasa xmau hdup susah cam aku ni..belajaq la..bukan untuk aku n mak hang pun..untuk hangpa,biaq la org duk sibuk beli kreta..kami ni tumpang kreta hangpa2 jala sok2 ni..itupun kalau umuq panjang.."
SEGAR lagi dalam ingatan kata ABAH...masa tu abah tengah asah pisau toreh nak ke ladang esok..aku pada masa tu baru darjah 6 hnya mndengar pnuh TAAT sambil melihat abh asah pisau torehnya...DUA bilah..satu utk mak..Adik aku, Hadi dan Hanif ralit dengan tv...
Aku..walaupun masih terlalu kecil utk fham apa yg abah ckp malam tu..TAPI abah begitu yakin apa yang disampaikannya mlm tu aku akan faham..Memang aku faham..memang ak ambil peduli apa abah ckap malam tu...buktinya,sampai sekarang ak masih ingat apa yg abah katakan..Malah, ak makin BERBANGGA dgn abah..yang kuat bkerja tanpa henti,untuk hantar anak2 sekolah yang TERBAEK...SBP,SBPI,MRSM..walaupun hakikatnya dia kurang mampu...
Semangat abah mungkin buat kami adik beradik cuba yg terbaek walaupun aku antara yg bukan lah begitu hebat keputusan peperiksaaanyanya..Rezeki Tuhan,doa MAK n ABAH tanpa henti..kini aku bdiri sbagai seorang guru.walaupun bukan lah guru yg HEBAT,tetapi ak tetap bsyukur kerana ak guru yg pernah dilahirkan dalam keadaan yang serba kekurangan dahulunya, kehidupan yg banyak tekanan, kesempitan berbanding dengan org lain yang sememangnya lahir dlm keadaan yang serba ADA..
KEKURANGAN tu pembina semangat dan lebih mematangkan sebenarnya..
-Masih segar peristiwa tanda2 abh akn sakit teruk..abh kerap sakit kepala..tapi dia tetap ke ladang..balik dari ladang, abh kutip sejenis daun yang katanya boleh sejukkan kepala..hari2 abh mintak aku sapu kepalanya dgn daun tersebut...mkin parah bila abh mula tak dengar..katanya telinga BERDENGUNG krna kepala terlalu sakit..aku org pertama menangis krna terlalu banyak memikirkan segala kemungkinan yang akn berlaku..ASING bg ku melihat abh sakit seteruk itu..
Tapi 2,3menjak ni,abh mkin tak bertenaga..tak lalu makan..bila dengar sendiri suaranya di telefon..mkin kuat resah..kerana TERLALU lemah suara abah...hati mula resah tak menentu..memikirkan segala kemungkinan yg akan berlaku..JUJURNYA ak BELUM bersedia..ak tak bersedia..walaupun abg aku selalu berpesan..kena Redha dgn segala kemungkinan lepas ni..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

teringat susah payah ayah menoreh getah dulu memang terasa nak mengalir air mata.
ReplyDelete